Thursday, June 9, 2011

LISA DAN YUSRY

gila la.aku tak caya sebenarnya . lisaartis malaysia paling aku suka .nak bukti? amik kau !


Perhubungan matang Yusry, Lisa
--------------------------------------------------------------------------------


CINTA antara Yusry KRU dan Lisa Surihani bukan lagi rahsia, malah mereka juga enggan menyembunyikan rasa hati dan bunga cinta yang sedang mekar di hati masing-masing daripada pandangan orang ramai.

Kini, di mana ada Yusry pastinya kelibat Lisa akan kelihatan, sama juga halnya yang berlaku ketika tayangan perdana filem Karak dan juga terbaru sambutan ulang tahun KRU yang ke-19 yang berlangsung di ibu pejabat KRU di Cyberjaya pada Isnin lalu.

Mereka duduk semeja bersama ibu Lisa Surihani dan juga keluarga Yusry yang lain. Sinar mata bahagia yang terpancar menjelaskan mereka dalam lamunan cinta meskipun usia percintaan baru menjangkau angka tiga bulan.

Yusry dan Lisa yang ditemui sejurus majlis tamat tidak langsung melarikan diri, malah turut sudi memenuhi permintaan pihak media untuk bergambar berdua buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi segera.

Bagaimanapun, Yusry enggan hubungannya dengan Lisa dilabelkan sebagai pasangan kekasih kerana menganggap perhubungan mereka perhubungan yang matang. Ia bukan lagi umpama cinta monyet ketika zaman remaja.

"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.

"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. Kami memang serius," jawab Yusry.

Lisa pula yang duduk disebelah Yusry yang sebelum ini sering memberi jawapan selamat mengenai hubungannya dengan Yusry turut mengakui, perhubungannya dengan Yusry adalah lebih daripada kawan biasa dan dia senang ketika bersama Yusry.

"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.

Celah Yusry, apa sahaja kenyataan yang terluncur daripada mulutnya sebelum ini, semuanya telah dibincang terlebih dahulu bersama Lisa.

"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.

Apabila disoal sejauh mana hubungan mereka kini, jawab Yusry, mereka berdua telah mengenali keluarga masing-masing, sungguhpun begitu masih terlalu awal untuk menjangkakan pengakhiran pada hubungan mereka.

“Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.


YUSRY dan Lisa tidak menyorokkan rasa hati mereka kepada umum

“Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.

“Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.

Lisa juga bersetuju dengan pendapat Yusry. Dia juga enggan menghebohkan hubungan mereka kerana sedar mereka baru sahaja dalam peringkat awal hubungan. Malah, jika terlalu banyak cerita cinta mereka disiarkan di media, Lisa bimbang akan wujud persepsi orang ramai kepadanya.

“Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit,” kata Lisa.

Jika tiada apa-apa yang pasti, masakan Lisa sering berdampingan dengan adik bongsu trio KRU itu ke mana sahaja dia pergi terutamanya di majlis yang melibatkan syarikat KRU.

Tersipu-sipu untuk menjawab, Lisa diselamatkan oleh Yusry yang berkata: “Kehadiran Lisa umpama dia seorang kakitangan MIG yang menyokong kerja saya, seorang kakitangan KRU."

Tarikan Yusry buat Lisa

Mula berkomunikasi menerusi BBM (BlackBerry Messenger) selama setahun sebelum bersua muka kerana satu perjumpaan untuk filem Ular yang turut melibatkan Lisa mendekatkan lagi mereka berdua.

Kata Lisa malu-malu, pada mulanya dia menyangka, Yusry seorang lelaki yang sombong. Bagaimanapun setelah mengenai Yusry dengan lebih dekat ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali.

"Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun.

Yusry juga menyenangi sikap Lisa yang tidak hipokrit dan bijak membawa diri dalam apa jua keadaan sekali pun. Kata Yusry, ketika mula-mula keluar, mereka keluar bertiga iaitu bersama ibu Lisa, tetapi kini mereka sudah selesa untuk keluar berdua sahaja.

LISA dan Yusry baru tiga bulan bercinta. Mereka enggan meletak sasaran untuk berkahwin, sebaliknya membiarkan hubungan mereka berjalan secara semula jadi.


LISA dan Yusry baru tiga bulan bercinta. Mereka enggan meletak sasaran untuk berkahwin,
sebaliknya membiarkan hubungan mereka berjalan secara semula jadi.

"Ya, kami macam pasangan yang lain juga, kami suka menonton wayang dan habiskan waktu yang terluang bersama. Mula-mula dulu, ibu Lisa akan teman dia tetapi sekarang kami sudah mula keluar berdua," jawab Yusry dengan jujur.

Sambung Lisa dan Yusry lagi, buat masa ini biarlah hubungan mereka berjalan seperti pasangan yang lain, tiada sebarang paksaan untuk mempercepatkan segala perancangan.

“Biarlah hubungan kami ini terjadi dan terikat secara semula jadi,” kata Yusry.

Ular

Pasti ada banyak mulut yang mempertikaikan penglibatan Lisa dalam filem terbaru terbitan KRU yang berjudul Ular. Mungkin ada yang berkata kerana hubungan Lisa dan Yusry, dia dipilih untuk terlibat dalam projek terbitan KRU.

Lisa yang turut menyedari situasi itu menjawab, segala perjanjian untuk filem arahan Johan Lucas itu terjadi sebelum timbulnya gosip cinta antara mereka.

“Perjanjian untuk berlakon dalam filem Ular terjadi sebelum kami rapat, jadi tidak ada kena mengena hubungan kami dengan kerja saya. Apabila tiba bab kerja, semuanya profesional.

“Walaupun saya berkawan dengan Yusry, tidak bermakna saya akan diberikan banyak tawaran lakonan daripada KRU. Tawaran lakonan dibuat menerusi pihak KRU dan pihak pengurusan saya iaitu MIG, saya langsung tidak campur tangan," jawab Lisa.

Sunday, June 5, 2011

CINTA ?

wah wah wah ! cinta cinton dah sekarang . haha . tapi yg sememang nya semua orang mesti ada rasa cinta kan.tipu la kalau cakap tak pernah ada "FEEL LOVE" . aku sendiri pernah rasa cinta . haha .maksud aku ofcouse i love my parents and the other family members . right? tapi .... seriously aku tak pernah rasa bercinta . maksud aku . em,, ala korang thu la kan. mean "COUPLE" . haha . mak aku selalu cakap cinta boleh cari bila bila aje .tapi cita cita sngt la sukar.masa sekarang je.nanti dah besar dah tak dpt dah.bila dah besar nanti baru rasa menyesal kalau result tak bagus sebab obses dngn cinta. ok ,find !bila aku pikir pikir betul .masa bercinta memang la suka gila .tapi kalau tak setimpal apa yg diinginkan pn tak best juga. aku pun tak la lawa .just nice looking je kot .so,tak ada sapa pn nak kot .kan kan. haha .tak yah jawab pun aku tahu . :) .

tapi kan aku selalu berangan(macam bodo bodo je kan)haha . tapi itu la realitinya .bila aku baca novel atau drama cinta mesti aku senyum sendiri sendiri (mula dah) . BETUL OK ! . tanpa segan silu ni aku cakap .(malu sudah) .tu la tak dapat rasa COUPLE sebenar.so, bayang kan je la aku jadi popuan dalam nover or drama tu .hahaha .ini la aku. sambil  berangan. aku dapat meningkatkan taraf penulisan aku dalam karangan. kan! .so, dua dalam satu la. betul tak tipu .semenjak aku baca novel novel ni. bm aku makin meningkat pulak. ceh ! bukan belagak .just nak kongsi je .

sekarang aku suka tengok cerita NORA ELENA .haha sebenarnya aku dah baca novel dia dah .just ulang balik je.tapi ada kelainan kot dari kat buku .so , baik tengok kan. ini bab bab yg aku minat .haha. 


KALAU TAK SUKA ATAU GELI . BUAT TAK TAHU JE .BUAT MACAM BIASA JE K .
SALAM
(^_^)

Saturday, May 14, 2011

EXAM ?

seriously susah killllaaaaaaaaaaaaaa..baca soalan je dah ada yg tempah F A I L. betol org ckp menengah atas sngt susah.bagai langit ngn bumi boleh ! dngn form 3. form 3 agak senang juga .tpi f4,, hanya ALLAH saja yg thu.

Friday, May 6, 2011

EXAM MOON !

dulu kan cuma panggil exam week.tapi skrg moon plk.tak mcm lama plk kan exam.aku takut la.
firstly ,i would like to talk about math mode.wah.org ckp math mode senang dari add math.tpi kan yg dpt aku FEEL skrg ni .add math lagi senang kot..tpi cuma log je la agak susah ckt.tpi klw banyk buat latihan senag kot.
ok ok .yg plg aku takut skrg ni adalah BIO dan SEJARAH.dua dua kila bnyk mau hafal.bio ok lagi.hafal benda best.tpi sejarah benda itu sungguh sudah lama.baca boleh mengantuk.tpi dlam masa sekarang saya cuba BERCOUPLE ngn buku sejarah .hari hari aku mau date ngn dia.tpi bila bersama je mesti mata mcm nak tertido.rasa mau sumpat ngn lidi mancis je.tpi mcm apa je.haha.ok ok.yg len aku tak la risau sngt.semua yg tinggal tu just nice la.plg best chemistry.terus terang I LOVE CHAMISTRY !ini subjek sngt best.tak rugi klw menghayati.haha.so, now i need to study. k bye .harikatok ! sayunara !

Saturday, April 2, 2011

MARIMAR


aku ni kemaruk dngn tv boleh ?
haha(apa aku merepek ni)
ok ok.setiap hari aku ngadap cerita marimar ni
jap hea.meh tengok gmbr ckt
pen pen !

^

cak ! ini pelakon utama dia.
sapa tengok tu thu la 

satu lagi 
^

secita dia psl apa?search la sendiri kat google.bnyk dia cerita.klw aku cerita kang panjang sngt.haha.tapi cerita ini sngt best.romentik gila boleh !

ehem ehem
^

haha.hero dia handsome :) (*_*).muka hampir mcm awal.dlm cerita tu nama hero dia sargio.nama betol apa tah.yang pasti sebijik mcm awal.

ok bandingkan!
^

ini awal sebanar.sama kan.kan kan !ckp ye wlpn korg tengok tak !haha

Saturday, March 26, 2011

photographers


sebenarnya aku juga suka akan meng snap gambar.aku nak jadi photographers .but ,it work only second part.only for fun.kerja betol tetap ada.tak salah kan.minat.nak buat mcm mana.lyn.

RESULT 'SPM'

hari rabu tu kan spm candidate 2010 ambil result dia.aku tengok sapa yg dpt perfect score tu best sngt .BOLEH TAK AKU NAK MCM TU ?tapi aku tak berapa pandai.pmr pn tak lepas.huhu.aku tnya mak aku.


me : mak,boleh tak syifa dpt mcm ni .best kan sapa pnya badan .
mak : boleh aja.klw rajin semuanya boleh.tapi syifa kena rajin ckt la. 1 je yg perlu .jang besarkan "M"(malas)
me :em :)


mcm mana ni.aku nak .pls pls.aku ada cita-cita boleh.mak nak suruh jadi cikgu.ada yg ikut mak.yg sebenarnya aku mmg pn nak jadi cikgu.best kan klw apa yg kita hajatkan trcapai.tapi selalunya ,tak pernah cita-2 masa kecil trcapaikan.
apa la aku kerja nanti dah besar.mintak mintak la boleh meningkatkan taraf kemajuan negara.yg boleh berbakti kpd negara. amin :)

haha lyn aku mmg mcm ni.tak habis habis berangan.