Friday, February 3, 2012

SPM CANDIDATE

SPM? apa benda tu?susah sangat ke?orang cakap pasal benda yang sama je."SPM susah" emm. nak tahu tak dulu itu la aku cakap. tapi sekarang aku yang kena alaminya. seriously memang susah.
tapi orang ckap kalau usaha dan belajar rajin rajin akan senang je. errrrr. aku tak tahu nak cakap macam mana.sebab aku bukan dari azali lagi pandai.kalau nak tahu dulu dulu dalam adik beradik aku.aku paling down sangat .kalau tak percaya tanya parents kita .kita slow sangat .seriously.bila dikenang kan .aku pandai membaca masa darjah 2 tak silap.dan lancar membaca darjah 3.lama kan?adik adik sedara aku yang masih kecil ni . 5 tahun dah reti baca.nampak sangat slow nya aku?

yah ,aku tahu itu.tapi Alhamdullah .sekarang aku tak la slow sangat.boleh la dikatakan baik .tapi kalau nak dapat semua a SPM tu mustahil la.bukan aku cakap tak akan ,tpi mustahil .kalau ada rezeki insyallah.doa kan ye.sebenarnya sekarang ni aku takut sanagt pasal SPM.

kalau tak banyak a .mana nak lihat air mata gembira mak .emm, itu la cita cita aku sekarang.aku nak sangat tengok air mata yang mengalir dari mak aku dengan perasaan gembira bila tengok result SPM aku nanti.

aku tak tahu apa aku buat ni betul ke tak.maksud aku cara pembelajaran aku ni betul ke tak.hari hari balik sekolah pukul 4++ .sampai rumah dalam pukul 5++.lepastu mandi makan .dah pukul 6++.plus ngantuk lagi.aku selalu tidur lambat.until 1++ pagi .klw ter awal pun pukul 3++ pagi bangun .pastu tak tidur .penat ?semestinya sanagt penat .selalu bila balik sekolah je mesti rasa satu badan lembik .seriously ,mungkin aku tak pernah buat macam ni.buat macam ni pun tahun lps masa nak exam akhir tahun .itu cuma beberapa minggu je.ini hampir seyiap hari.aku selalu mengharap cuti.tpi bila cuti mula la malas dia.em .

sekarang ni aku masih banyak tak faham lagi.ada dah baca pula lupa.ya ALLAH kuat kan semangat aku .bawa lah aku kejayaan serta tetap bertakwa kepada mu.ampun dosa ku .dan seluruh umat islam .kepada yang membaca . syifa nak minta maaf kalau pernah buat salah atau terasa hati korang.kita manusia biasa tak lari dari kesilapan.ampunkan kesalahan kita .kita minta maaf jika tersilap bicara . doa kan kita berjaya dalam SPM dan mudah faham bila cikgu mengajar .amin

sampai sini sahaja mukadimah hari ini.

Saturday, December 24, 2011

JNG LUPA KITA HEA :)

ASALAMMUALAIKUM :)
hari ini aku macam sedih .bukan macam.tapi betul betul.aku tak tahu kenapa.sedih la.sebab sedara rapat aku (azwa ngn danial) akan stay dekat china selama 3 tahun.bukan bulan .atau 3 hari ok.3 tahun.sebenarnya aku sedih sangt.aku tak tahu kenapa.

sbb aku macam anggap azwa tu macam adik aku sendiri kut.walaupun degil.aku suka layan dia.dia pandai.apa aku ajak belajar semua dia ekot.sebab apa kita orang rapat?sebab aku ngn azwa dan abg dia (danial) selalu datang uma atuk.selalu sangt kot.tu la rapat.

kadang kadang aku saja tak nak ajar dia.tapi nanti dia mara mara nak suruh ajar.tapi aku suka sebenarnya.dia cepat tangkap.awa ,jangan lupa kakpa hea :') .esok awa pergi kan.sebenarnya kakpa nak ikut esok.tapi mak macam tak nak pergi je.sedih sangt.tapi tak kan nak tunjuk kat mak.sebenarnya masa kakpa tulis ni kan.air mata kakpa dah tak tahan lagi . ~_~

 i will going miss you and your whole family . 3 year is so long time .jangan nakal nakal dan jangan lupa kakpa                      

Thursday, December 22, 2011

BELAJAR DARI PENGALAMAN.

wah !lama tak berceloteh kat blog ni.bila aku betul betul ada problem baru nak cari blog.hihi.anyway ,tajuk yang aku tulis tu macam ye ye pun ada.sebenarnya hari ini hari budak budak PMR ambil result mereka.sekolah aku makin meningkat .so,mesti cikgu-cikgu dan kawan kawan happy kan.syukur la.tpi bila dikenangkan pada tahun aku ambil result.sedih je rasa.sebab.aku macam malukan keluarga aku.i not got flying colour for my PMR.i'm just got 6a.but i still thanks to ALLAH.

tapi tapi.ibu mana tak sedih bila anak tak dapat result yang gempak.memang la parents aku tak marah marah sangat.sebab benda dah jadi.nak buat macam mana.but i'm still rasa serba salah sampai sekarang.so,disebabkan result PMR aku tak berapa gempak sangt tu lah aku tercampak jauh dari kawan kawan baik.semua kawan kawan baik aku kat 4sn1.but me? aku just masuk 4sn2.sedih ?ofcouse la.

sebab tu la aku cuba tabah kan hati.aku mula motivate diri.aku mula belajar la juga masa final exam tu.result tak gempak la sngt.tapi dari apa aku nampak.INSYALLAH kalau rezeki masuk la aku 5sn1.tpi,aku tak nak berharap sngt.nanti kecewa mcm PMR lagi.

semua kawan kawan aku cakap aku bersungguh gila pergi tuition bulan 12 ni la.pergi kem fizik la...ok aku tahu korang pandai pandai boleh cakap. tu aja yang aku dapat buat nak maju kan diri aku.kalau bukan aku siapa la nak tolong aku.memang la ada tolong sikit sikit.tapi dalam exam.korang boleh ke tolong aku.memang tak la kan.

sekarang aku ada misi.(tolong sokong hea,jangan gelak).memang mustahil sebenarnya.aku nak cuba lawan budak pandai kelas sn1.nama dia Qayyum(tak yah nak selindung sangat)(melayu cukup la,kalau budak cina terlampau susah kot).aku tahu dia pandai.kalau sesiapa kenal dia mesti tahu kebolehan dia memang TERBAIK la.ok.aku cuba.INSYALLAH.amin

doakan saya SPM dapat jawab dengan baik dan dapat result yang menawan ye.INSYALLAH .amin

      i want to be like this(bakal doktor)(dia sepupu saya^_^,ambil dari kak ijah punya fb
sorry kak murni) although, it is so difficult.i'm not cleaver like her.but i know,i need to try my best

Sunday, November 6, 2011

aku tak tahu kenapa aku sedih hari ini. maybe sebab aku terbaca blog seseorang ni.dia ni kawan aku masa sekolah rendah dulu.aku tak thu pulak mak dan ayah dia dah meninggal.dia tulis kat blog dia sangat sedih.


kadang kala bila kita sering melihat pada keindahan ,menjadikan kita sangat teruja dan kegembiraan menyelubungi segalanya.tapi kita alpa akan kesedihan yang pasti setiap insan akan alami.iaitu kematian.memang tak dinafikan kegembiraan itu perlu untuk teruskan hidup.tapi bila kesedihan menjelma.mungkin kita tak dapat menerimanya dengan hati yang tenang.


itu yang dialam oleh kawan aku tu.


bila aku fikir balik.setiap yang ada di depan kita.kita selalu membiakan sahaja.kita tak mahu cuba melakukan yang terbaik untuk mereka.tapi bila sesuatu itu hilanh dari pandang baru hati mula nyesal atas sikap kita sebelum mereka tiada dipandangan.


sungguh berapa alpa nya kita bila budi yang ditabur tidak dimanfaatkan.tapi bila badan hanya mampu terbaring tanpa ada satu gerakkan baru kita sedar akan kerugian yang amat besar 


jadi ingat ingat la.hargai orang tersayang.


peringatan juga kepada aku :)

Saturday, August 6, 2011

BRACES

gigi aku tak rata jadi mak aku sanagt kesihankan aku.ceh ayat tak boleh blah lagi.okok.jadi aku disuruh pakai bendalah in.budak cina sekolah aku cakap "GIGI BESI".haha.aku pun layan je.bila dia cakap aku jawab gigi besi juga.haha.bahasa melayu dia pula pendakap gigi.tak silap aku la.sebab aku selalu panggil dia BRACES je.nak bukti ? ok tengok la.

lihat lah  gigi ku yang cantik ini ^^*hahhahahah

jangan lihat yang lain.braces je. :)

ramai orang yang tanya aku sakit tak pakai braces ni.tipu lah kalau aku cakap tak sakit langsung.sakit tu memang ada.sampaikan dalam 4/5 hari aku makan nasi dengan sayur air.masa mula mula.nak makan kena lembikkan nasi dulu.kotang bayangkan.sakit la tu.

ada satu saat aku termenung,macam nak buka je balik braces ni.tapi kesihan kat mak pula.so,aku pertahankan diri .kuat kuat. alhamdulillah.sekarang dah ok juga.insyallah lama lama sangat la ok.

SALAM RAMADHAN

Sunday, July 31, 2011

TERAWIH

MALAM 1: 
>Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia 
>baru lahir, dengan lain perkataan dosanya diampunkan Allah. 
> 
>MALAM 2: 
>Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapanya 
>sekiranya kedua mereka orang yang beriman. 
> 
>MALAM 3: 
>Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih 
>terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. 
> 
>MALAM 4: 
>Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat, 
>Injil, Zabur dan Qur'an. 
> 
>MALAM 5: 
>Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di 
>Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa. 
> 
>MALAM 6: 
>Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di 
>Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan 
>tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang 
>mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. 
> 
>MALAM 7: 
>Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 
>'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. 
> 
>MALAM 8: 
>Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti yang telah 
>dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. 
> 
>MALAM 9: 
>Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi 
>Muhammad S.A.W. 
> 
>MALAM 10: 
>Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di 
>akhirat. 
> 
>MALAM 11: 
>Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru 
>dilahirkan. 
> 
>MALAM 12: 
>Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya 
>ibadatnya). 
> 
>MALAM 13: 
>Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan 
>dan keburukan. 
> 
>MALAM 14: 
>Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada 
>menyesatkannya pada hari Qiamat. 
> 
>MALAM 15: 
>Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya 
>supaya Allah mengampunkannya. 
> 
>MALAM 16: 
>Allah Subhanahu Wata'ala tuliskan baginya terlepas dari neraka dan 
>dimasukkan ke dalam Syurga. 
> 
>MALAM 17: 
>Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak 
>pahala Nabi-Nabi. 
> 
>MALAM 18: 
>Seru Malaikat, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada 
>engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) 
> 
>MALAM 19: 
>Allah Subhanahu Wata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 
> 
>MALAM 20: 
>Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan 
>orang-orang solihin. 
> 
>MALAM 21: 
>Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur. 
> 
>MALAM 22: 
>Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan 
>(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar). 
> 
>MALAM 23: 
>Allah Subhanahu Wata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga. 
> 
>MALAM 24: 
>Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, 
>(elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 
> 
>MALAM 25: 
>Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. 
> 
>MALAM 26: 
>Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 
>tahun ibadat. 
> 
>MALAM 27: 
>Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas 
>titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. 
> 
>MALAM 28: 
>Allah Subhanahu Wata'ala akan darjatnya 1000 darjat di akhirat. 
> 
>MALAM 29: 
>Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang 
>mabrur. 
> 
>MALAM 30: 
>Allah beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini 
>yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala 
>jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan 
>mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil, serta minumlah 
>air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang 
>bernama 'Al-Kauthar'." 

Saturday, July 30, 2011

ahlan wah salan RAMADHAN

bila time time nak dekat puasa ni la aku rasa macam taubat.haha.ampun kalau ayat aku mcm mempersendakan agama.aku tahu taubat tu bila bila masa pun.tapi aku manusia biasa.sentiasa lakukankan kesalahan.


  sebenarnya aku nak cerita lain.tapi ada sangkut paut juga la dengan puasa ni.sebenarnya dekat sekolah aku ada  cikgu prektikal.dia ni sebenarnya study  dekat  Victoria University of Wellington ,New zealand .dia tak ajar kelas aku sebenarnya.tapi dia ajar kelas kawan aku.dia ajar fizik.dari dia cerita cerita macam best snagt.malam tu aku cuba la cari facebook dia.jumpa.sbb kawan kwan dah add dia dulu.haha.aku pun baca la status n comments dia..dia cerita cerita pasal apa apa la msa dia study dulu.best sangt.masa dia study dulu,puasa tak balik.raya pun tak balik.dia cerita bila masa waktu macam gitu je,dia mesti menangis.nak balik tak ada duit.(aku pun rasa mcm nak sedih je) 


  esoknya pula,kakak aku balik sebab nak sambut puasa kat sini .dengan bangga nya dia balik tunjuk telefon baru dia.haha.aku biasa biasa aja.tak kisah.tapi bila kakak aku pergi tandas je ,aku amik enfon dia.haha.godek godek sikit.aceh,konon tak gentar tengok benda baruu pulak.haha.aku pun tengok tengok la.bosan je.aku buka la lagu.tiba tiba aku nampak lagu raya.lagu siti,tak silap AIR MATA KASIH.tiba tiba terinagt cikgu tu pulak.eh,asyik ckp cgu tu je.sebenarnya nama dia cgu irwan zain.


  bila aku teringat balik ,aku hayati lagu tu.kan lagu tu pasal dia ada di perantaraan kan.so,mcm kena la.bila aku fikir fikir.best nya la dapat study dekat luar negara.mesti bangga mak abah kan.sejuk peruk mak yang mengandung.tiba tiba semangat nak belajar datang.tiba tiba rasa nak berjaya juga.tapi aku manusia biasa.selalu bersikap manis di mulut.tapi berat untuk memperibadahkan.orang cakap nak berjaya tak kan ada dalam kamus perkataan "malas" "tapi" "putus asa".betul kan?betul ni aku nak sangat sambung pelajaran aku ke peringkat yang membanggakan mak abah ,keluarga dan setiap individu.nak sangat dapat belajar dekat oversea .tapi aku tak tera english .aku jujur ni.cuma sikit sikit.tu angan angan.tak salah kan.insyallah.


  aku ingin berasa perasan cikgu tu rasa.study kat luar negara,mak abah kat malaysia.bila balik je dapat bagi "hadiah" yang berharga.aku ingin sangt.tapi sob sob ... insyallah.dengan izin NYA .aku boleh.doakan ye.


berkatikan lah permintaan dan keinginan syifa ini .amin .